kene KUARANTIN???

Assalamualaikum wbt.. keifhalukum jami'an?? sehingga ke hari ini sy pasti ramai yg masih ngeri dan trauma dgn wabak berjangkit influenza A(H1N1) di seluruh negara. namun, byk cara2 dan langkah2 utk kita berjaga2 dr dijangkiti wabak sedemikian rupa. apatahlagi, disetiap media massa seperti di televisyen, di corong2 radio dan di surat khabar telah memainkan peranan yg baik untuk mewar2kan lagkah2 yang sewajarnya diambil oleh setiap individu bagi menangani penyakit tersebut. Ahaa ni yg sy nak habaq ni! sebenarnya, sy baru sahaja lepas dikuarantinkan disebabkan demam panas sehingga suhu badan mencecah 39.4 darjah celsius. sy ditempatkan di asrama Desa Jati dan alhamdulillah.. 2 hari kemudian suhu badan sy dah pun turun dekat 35 darjah celsius.. mujur xde apa2 perkara buruk yg berlaku pd diri sy cuma demam biasa je... kemudian, sy dibenarkan pulang ke asrama Acacia Avenue dan dikuarantinkan di bilik sendiri. lama 2 dpt cuti.. yang xtahannya cuti sakit pun ada sijil tau..! xcaya tengok kat atas 2. haaa baru korang tau... :p aduh, risaunya 5 hari xmasuk kuliah! naik cuti je terus ada midterm utk 2 subject, hantar assignment and presentation assingment Fiqh Jenayat. xabih ulangkaji lagi ni n nak prepare utk present lagi... tapi xper, usaha yang baik sentiasa dilakukan! Innallaha Ma'anaa... :))

MISI 09' USIM



Assalamualaikum wbt... lama rasanya x isikan ruangan blog sy ni. first of all, mtak maaf sesangat coz x kesampaian nak ltakkan poster konsert yang telah dijanjikan sblm bermulanya Konsert Amal ini pada malam 1 Ogos 2009 yang lalu. utk tatapan umum, Insya-Allah, sy akan masukkan jugak gambar poster Konsert Amal MISI 09' ini. tapi.. kenapa warna poster 2 berubah jadi macam ni ek bila dah dimasukkan ke dalam blog?? Err, xpelah..

Mmm untuk makluman semua, design poster ni adalah hasil ciptaan sy dan 2 orang rakan sy yang lain. apabila dah diberikan tugas sebagai ajk publisiti bagi unit konsert sempena dgn Pesta Konvokesyen yg baru sahaja selesai di Usim, kerja2 yang macam nilah antaranya yang sy kene lakukan. kalau kalian semua nak tahu, untuk menghasilkan design poster yang menarik, kita memerlukan daya kreativiti yang tinggi dan mahir dalam menggunakan adobe phtoshop n inilah yg membuatkan sy lebih expert dalam menggunakan adobe photoshop. kita perlu pandai untuk memainkan warna dan gaya tulisan yang sesuai untuk dimasukkan ke dalam design tersebut. selain 2, sy juga dtugaskan utk membuat design banner dan juga banting. mase tu la macam2 kritikan yang terpaksa saya hadapi coz nak puaskan hati semua orang untuk terima semua design yang kita buat bukan perkara mudah.. tapi semua nilah yang membuatkan sy lebih matang dalam melakukan tugasan2 sebegini. apatah lagi konsert amal ini merupakan antara event yang terbesar sempena dgn Pesta Konvokesyen kali ke-7 di Usim. start je hari event, memang sy dgn ajk2 lain sibuk tahap maksimalah masa tu. sbg ajk, kita bukannya bertugas untuk unit kita sahaja tetapi untuk unit lain kita pun kene bantu jgak dalam menjayakan diorang punya program. antara program lain yg dijalankan sempena pesta ni ialah Malaysian Book of Record(MBR) dengan mengarang esei Bhs Arab teramai di Usim yg bertajuk Wihdatul Malizi(satu Malaysia), Pertandingan Marhaban Inter-Fakulti, Forum Milenia, Gerai Jualan, Sukan Tradisional, Konsert Amal dsbnya. untuk konsert amal 09'(Malam Irama Seni Islam) memang meriah sekali dgn penampilan artis2 nasyid yg xkurang hebatnya dr tanah air kita antaranya suhaimi dan isterinya(ina naim), Mestica, Demascus n five-fortytwo dan penampilan istimewa ATRA vs. SPMM serta kumpulan nasyid Intracksee dr Student USIM sendiri. alhamdulillah.. Pesta Konvokesyen Usim kali ni berjaya memecahkan rekod mengarang esei Bhs Arab paling ramai berjumlah 1450 orang mahasiswa dan mahasiswi Usim yang menyertai MBR tersebut. tidak ketinggalan juga bagi program2 lain yang turut mendapat sambutan yang amat menggalakkan. x hairanla sekiranya c-fest 7 kali ini dapat menggegarkan Usim sbg sebuah Universiti yang baru saja berusia hampir 10 tahun. TAHNIAH buat semua yang terlibat dalam menjayakan program yang penuh berprestij ini!!! :))