ROAD TO KEDAH, PERLIS, PULAU LANGKAWI AND THAILAND.

Bismillahirrahmanirrahim.. segala puji bagi Allah dan Tuhan sekalian alam. Insya-Allah, kali ini saya akan menyambung kembali cerita saya sempena dengan cuti semester yang lepas. Kami sekeluarga telah balik ke Kedah iaitu kampung ayah selama seminggu. Kebetulan pula sepupu saya akan bertunang. So, bolehla joint sekali!

Apa yang menariknya sempat kami berjalan-jalan ke merata tempat. Almaklumlah, seminggu itu merupakan jangka masa yang agak lama bagi saya. Selepas majlis pertunangan sepupu selesai, kami adik beradik terus turun ke sawah melihat keindahan dan ketakjuban tumbuhan tersebut yang terbentang seluas-luasnya. Memandangkan rumah wa(pak cik) berhampiran dengan bendang membuatkan kami tidak sabar untuk berjalan-jalan di atas batas. Beberapa kali juga kami adik beradik tergelincir dan anak-anak saudaralah yang banyak memberikan bantuan. Malu juga dibuatnya. Apa tidaknya. Kalau nak dibandingkan mereka semua lebih kecil dari kami. Bukan kecil badan sahaja malah umur pun kecil juga. Tergelak besar kitorang. Disebabkan kami ni tak biasa dengan sawah macam-macam kerenahlah yang ada sepanjang kami berada di sana. Anyway, we are really enjoy at there!



Inilah keindahan dan kehijauan sawah yang saya ceritakan tadi. Apa macam, best x?



Inilah dia anak-anak saudara dan kanak-kanak rebina yang still cool and maintain even baju dan seluar habis dibasahi lumpur. Cayalah korang! :D

Ni baru sahaja hari pertama kami di sana. Sebenarnya, banyak lagi aktiviti-aktiviti yang menarik kami lakukan sepanjang berada di Kedah.

Hari ke-2 pula kami sekeluarga bersiap-siap hendak pergi ke Wang Kelian Thailand. Untuk makluman, hari Ahad tidak dikenakan passport untuk masuk ke Sampai je di sana tak payah nak ceritalah.. berduyun-duyun manusia datang untuk membeli-belah. Dah beli lepas tu blahlakan takkan nak tidur sana pula? Karang tak boleh balik. Besok dah kena guna passport pula.



Tengokla tu my mom, my dad and my grandma. Nak borong narita ke?? Memang rambang mata dibuatnya. Macam-macam yang hendak dibeli. Tapi kene ingat. Shopping tu shopping juga jangan sampai melampaui batas! Bukan apa nanti kalau dah tak muat kereta tu siapa yang nak jadi mangsa kena tinggal?


Hai, tak beli dapat bergambar pun jadilaa =)



Beginilah suasana di Wang Kelian. Wang Kelian ke Wang Kelain? Haa sendiri mau ingatlah ye. Balik dari Wang Kelian, kami teruskan perjalanan ke Gua Kelam.



Smpat lagi bergambar dan berpossing kat depan Gua Kelam. =)



Subhanallah… satu ciptaan dan anugerah paling terindah yang telah dikurniakan Allah s.w.t kepada kita.

Keindahan Gua Kelam membuatkan saya rasa teruja dan takjub dengan keindahan dan kecantikan gua tersebut. Ianya telah mengingatkan saya akan keagungan Allah s.w.t yang begitu besar. Sebagaimana hadith yang telah dipetik dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: “lihatlah orang yang lebih rendah dari kalian dan janganlah kalian melihat orang yang di atas kalian, kerana yang demikian itu lebih layak untuk tidak memandang hina akan nikmat Allah s.w.t yang dikurniakan kepada kalian”. Inilah hadith yang telah dikongsikan oleh sahabat saya sendiri kepada saya ketika saya berada di sana. Syukran alaik! Hidup ini tidak lari dari pesan memesan antara satu sama lain agar kita tidak sentiasa leka dan ambil sikap sambil lewa akan apa yang Allah telah anugerahkan kepada kita. Sebagai hamba-Nya di muka bumi ini kita harus menanam sikap rasa bersyukur. Sesungguhnya, setiap ujian yang diberi adalah pengukur tahap keimanan kita kepada-Nya samada kita kuat atau tidak untuk menempuhi ujian tersebut.

Hari ke-3, kami berangkat ke Pulau Langkawi dengan menaiki feri dari Kuala Perlis dan mengambil masa selama satu jam perjalanan. Excited sebenarnya sebab first time naik feri. Sebuah transport yang berjalan di atas permukaan air, nampak pulau, dapat lihat feri-feri yang lain sama-sama bergerak dan manalah tahu dapat berjumpa dengan ikan duyung paling tidak pun jumpa dengan dugong. Haha ini memang terpengaruh dengan cerita dongeng yang tak sudahlah ni! Tapi dugong tu comfirmla ada di dunia ni...

Sampai sahaja di tempat penginapan yang dipanggil ‘Green Hill’ yang terletak di Pantai Cenang, kami terus solat dan berehat sebelum bergerak ke tempat-tempat yang menarik dengan menaiki kereta sewa. Tempat yang kami kunjungi adalah Pekan Kuah yang terletak di Pulau Langkawi yang mana Pekan Kuah ni merupakan salah satu tempat membeli-belah paling popular di sini. Balik daripada Pekan Kuah, kami adik beradik mengambil peluang untuk mandi di pantai. Memang tak de orang malam ni. Kami sekeluarga je yang riuh. Seronok belajar berenang walaupun tak reti-reti juga nak berenang. hehe...Keesokan harinya sebelum berangkat pulang ke Kuala Perlis, kami sempat mengunjungi beberapa buah tempat yang menarik dan seronok. Tidak ketinggalan juga kami singgah di Makam Mahsuri, tempat bersejarah di Pulau Langkawi yang dulunya pernah menjadi padang jarak padang tekukur disebabkan sumpah Mahsuri itu sendiri.




Tempat ini dipanggil kawasan pemandangan indah di Pulau Langkawi.



Tapak kawasan beras terbakar.



Sisa-sisa beras terbakar masih lagi terdapat di halaman rumah Ku Halim Bin Ku Hassan.



Inilah dia keindahan Pantai Cenang.



Bergambar di dataran Lang sambil menunggu masa untuk menaiki feri ke Kuala Perlis.



Keindahan pulau yang dapat dilihat dari dalam feri. Pulau ini dinamakan pulau ibu mengandung. Mungkin ciri-ciri fizikalnya nampak sedemikian rupa kot...




Kami meneruskan perjalanan pulang ke rumah abang ayah untuk tumpang bermalam. Mak cik dan pak cik memang tak pernah duduk diam semenjak kami mula-mula sampai sehinggalah hari kami nak balik ke Johor. Diorang memang macam tu lagi-lagi bila dapat tahu yang adik-beradiknya nak datang dari jauh. Layanan memang istimewa! Tempat yang kami nak lawati belum habis lagi. Ada lagi tempat-tempat yang best dan seronok perlu diterjah.



Di Pusat Sains Negara Wilayah Utara yang baru sahaja dibuka. Sepatutnya untuk masuk ke sini dikenakan tiket sebanyak RM3 bagi golongan dewasa tetapi untuk permulaan adalah percuma. Apa lagi, jomlah masuk!!!



Eh, hampir samalah dengan yang kat sebelah tu! Sama-sama biru… hehehe

Mari kita ke Muzium Padi pula lepas ni..





Lukisan yang paling menarik pernah saya lihat. Seolah-olah saya sedang melihat sesuatu yang realiti dan hidup.




Tengok tu, dah macam pesawah dah diorang ni.

Mesin-mesin lama yang digunakan untuk memproses padi.

Tiba-tiba je ternampak burung hantu ni kat luar muzium padi masa nak pergi toilet. Smile… 1,2,3 ok! Memang sporting la burung ni bergambar. I like you! Setakat ini sahajal yang dapat saya kongsikan bersama. Ada masa yang terluang, insya-Allah saya akan menulis dan mengisi ruangan kosong yang terdapat dalam blog saya ni. Sekian, salam mesra dan salam ukhwah. Wassalam…

HARI RAYA AIDIL ADHA 1430H

Assalamualaikum w.b.t…
first of all, Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan kepada Allah s.w.t kerana diberikan ruang dan juga kesempatan untuk saya menulis kembali di ruang blog yang agak lama saya tinggalkan. sempat lagi kena perli dengan kawan yang katanya raya puasa sudah, raya haji pun sudah and then krismas pun dah lepas takkan raya puasa aje tak habis-habis kot... hehehe kurang asamla tuh!

Sekarang ini merupakan cuti akhir semester saya walaupun tidak lama lagi saya akan kembali semula ke USIM untuk meneruskan pengajian ke semester seterusnya. Anyway, percutian kali ni merupakan percutian yg paling menyeronokkan dan begitu indah sekali. Nak tau kenapa? Sekejap lagi saya cerita ye.. boleh dikatakan cuti kali ni padat dengan aktiviti-aktiviti menarik yang saya lakukan. Actually, saya tidak banyak ikut aktiviti-aktiviti luar, just with my family. Rasanya itu lagi seronok.. =)


Ahhaaa... inilah lembu yg telah dijadikan korban hari raya Aidiladha tahun ini. Tengok pon sodapkan.. hehehe =) selepas solat raya sahaja kami sekeluarga dan beberapa orang kampung berkumpul untuk bersama-sama bergotong-royong melapah lembu. Pada mulanya kalut pun ada nak baringkan lembu ni. Kesian saya tengok ayah, abang, adik, pakcik dan beberapa orang kampung bersusah payah untuk melapah lembu ni tetapi dgn berkat kesabaran yg tinggi akhirnya berjaya juga..



yeaah, Itu dia semangat bergotong-royong… nak tolong ke?? Err.. boleh la tolong tengok. Hehe =)

RAMADHAN AL-MUBARAK

ليس العيد لمن لبس الجديد،
إنما العيد لمن طاعته تزيد.
ليس العيد لمن تجمل باللباس والركب،
إنما العيد لمن غفرت له الذنوب
.

Bukanlah raya itu bagi siapa yang bajunya baru,
Sesungguhnya raya itu bagi sesiapa yang ketaatannya bertambah.
Bukannlah raya itu bagi siapa yang bercantik-cantik dengan pakaian dan kenderaan,
Sesungguhnya raya itu bagi sesiapa yang diampunkan dosanya.


BERLUMBA-LUMBALAH MELAKUKAN AMALAN
DISAAT-SAAT TERAKHIR BULAN RAMADHAN.
SESUNGGUHNYA PARA ULAMA’ AKAN MENANGIS DI SAAT INI!!! :'(